Tuesday, December 1, 2009

korban kasih

Salam alaik...salam seluas mahabbah...

Sudah berapa hari berlalunya I'dul Adha...Alhamdulillah...suasana 'pengorbanan' dirasa umat Islam...Sedetik tinta buat renungan para sahibah wa usrati saadah...

Bulan di mana jatuhnya hari Raya Aidiladha...Zulhijjah...
Bulan yang memperingatkan kita, kisah CINTA dan PENGORBANAN, bagaimana Nabi Ibrahim a.s dengan penyerahan yang sepenuhnya kepada Penciptanya sanggup berkorban dengan peristiwa penyembelihan anaknya yang dikasihi...Nabi Ismail a.s..
Luasnya bumi Allah, kerdilnya kita.


Kerana peristiwa ini juga, ibadah Qurban menjadi salah satu ibadat sunat yang amat dituntut dalam Islam.

Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Selain itu, banyak hadis meriwayatkan kelebihan melakukan pelbagai amalan sunat di bulan Zulhijjah seperti berzikir, berpuasa, dan ibadah sunat yang lain.


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Moga Zuhijjah ini menjadi satu ruang untuk kita benar-benar memanifestasikan dan mengamalkan konsep ISLAM (penyerahan, submission) yang sebenarNya kepada Pencipta (al-Khaliq).

-by myfikrah-

Sekadar tatapan usrah...

No comments:

Post a Comment