Wednesday, October 30, 2013

Senyumlah ! Allah punya segala jawapan dan sentiasa menjawab kamu ! Maka, jangan bersedih ! :-)

Alhamdulillah, Subhanallah ! Begitu lama tidak digerakkan hati untuk menulis dan terus menulis...MasyaAllah ! Hari ini Allah gerakkan kembali hati untuk melakar diari buat teman-teman yang sering bertaut dalam rahmat dan kasih sayangNya..Moga hari-hari yang dilalui penuh dengan barokah... Pernah kadang-kadang saya terfikir, apa ujian yang Allah bagi untuk kita, mampukah kita tangani? Kenapa saya? Kenapa tidak orang lain? Subhanallah ! Begitu hebat kasih sayang Allah untuk hambaNya. Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah punya segala jawapan atas semua persoalan. Suka saya petik tulisan Brother Hilal, apa tujuan ujian untuk kita. Tujuan ujian hakikatnya adalah ‘tapisan’. Dunia bukan pentas penerimaan hadiah di mana kita mendapat natijah. Tetapi dunia hakikatnya adalah pentas pertandingan, untuk menguji ‘peserta-peserta’ di dalamnya. Pentas penerimaan hadiah adalah di akhirat sana. Dan ujian bukan semata-mata ‘tapisan’, tetapi ujian juga datang sebagai ‘pembalasan’ ataupun ‘pembersihan’ ataupun ‘peringatan’. Pernah kalian terfikir, bilamana keseronokan menguasai diri, kita akan menjadi alpa, dan terus leka, sedikit pun tidak pernah terlintas untuk mengingatiNya...Nahhh...bila Allah menurunkan ujian dan bebanan, dari situ segera hati mengingati Allah, terus-menerus meminta dan pinta apa saja...Malukah kita berhadapan dengan Pencipta dalam keadaan yang sering berduka lantas mengingatiNya, bahkan dikala gembira, terus melupaiNya? Maka benarlah, ujian juga, hakikatnya adalah satu bentuk ‘panggilan’ Allah SWT, agar hamba-hambaNya yang selama ini alpa, merapat kepadaNya. Lihatlah firman Allah SWT: “Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32 Sering kita berdoa dan terus berdoa, tetapi masih ada keraguan pada makbulnya doa-doa kita. Tidak mustahil timbulnya perasaan tersebut dalam diri. Maka, tmbullah segala persoalan, "Adakah Allah tidak menjawab aku? Adakah Allah tidak makbulkan doa-doaku setelah sekian lama aku menadah tangan berdoa padaNya?" Suka juga saya petik kata-kata akh.Hilal, Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita. Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus. “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214. Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak? “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26. Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah? Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya. Dia tahu waktu dan ketikanya. Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya? Nahhh... Janganlah kalian bersedih. Yakinlah ! Allah akan berikan apa yang kita perlu bila tiba masa dan waktu yang paling terbaik untuk kita...Pada masa itu, mungkin ayat inilah yang akan terpancul keluar dari mulut kalian... "SABAH ITU MANIS" ...bukan? Hakikatnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNyalah yang sering meninggalkan Dia. Wassalam...

Thursday, December 23, 2010

Refresh hati

Assalamualaikum...dah lama rasa nya tak berblogging..alhamdulillah...hari demi hari..begitu banyak perkara2 yang terjadi..dalam perancangan dan di luar kawalan...apa pun perancangan Allah yang terbaik..saya ada baca satu puisi dan ingin dikongsi bersama...puisi ini ditulis oleh mia effa...dalam i luv islam...insyaAllah..sama2 kita kongsi ilmu yg ada... :)

Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.

Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!

Sunday, October 3, 2010

Gateaway to baitul dakwah...

Rujukan: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam (Tuhfatul-'Aris Wal-'Arus)
Penulis: Muhammad Ali Qutb
Perumus: Mahyuddin Jamal


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang T uhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.


SUMBANGSIH

Istimewa buat sahabah sahabiyah seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam
Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan Allah

Para pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-Nya

Pemuda-pemudi Muslim dan Muslimah

Yang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga Islam

Keluarga Islam, Masyarakat Islam

Seterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup

Agar terbinanya pembangunan berteraskan sistem hidup yang sempurna ini

Menuju satu alam yang selama-lamanya

Kerana di situ pasti

Destinasi cinta yang abadi, cinta yang Maha Pencipta

Thursday, September 9, 2010

Salam kemenangan untuk seluruh ummat Nabi Muhammad S.A.W..

Assalamualaikum wahai jiwa-jiwa yang tenang dan khusyuk dalam mengingati Allah..berakhir sudah ramadhan selama sebulan...Alhamdulillah...Allah kurniakan satu hari kemenangan bagi hamba-hambaNya yang bersyukur..bulan syawal..bulan barakah...sedih sebenarnya bila ramadhan pergi..umpama perginya sang kekasih dari pencintanya...insyaAllah, wahai Ramadhan kareem...kita akan jumpa lagi tahun depan..biiznillah...ya Allah...terimalah taubatku, terimalah amalanku..dan kabulkan lah doa2 ku padaMu ya Rabbul Izzati..moga malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu hadir dalam diri ini...
pada yang mengenali diri..Salam kemenangan buat kalian semua..kullu a'm..wa antum bikhair..maaf zahir dan batin....

note: bila lagi dapat menjadi makmum pada syeikh ahmad ramadhan dan syeikh ahmad rejab dari palestin ini..insyaAllah...jazakallahu khairan kathira... moga hidup kalian di rahmati Allah...moga keluarga kalian juga Allah redha kerana kalian sanggup berkorban dengan meninggalkan keluarga demi deenulIslam..Alhamdulillah...moga syurga Allah untuk kalian, ya syeikh... ameen :)

Wednesday, September 1, 2010

Salam lailatulqadar...

Salam RAMADHAN..wahai jiwa-jiwa yang tenang...alhamdulillah...sedar tak sedar sampai kita ke fasa ke-3 di bulan yang mulia dan barakah ini...Ramadhan kareem...insyaAllah...artikel yang dipetik dari seorang hamba Allah...malam lailatulqadar...moga kita dapat segarkan 10 malam terakhir ramadhan ini dgn istiqamah beribadat pada Rabbul Izzati...

Wahai jiwa-jiwa yang senantiasa mengingati Allah...

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Friday, May 14, 2010

Bukan Islam dibenar pohon jadi peguam syarie di KL

Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk Victoria sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.

Hakim Zawawi yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.

Victoria (atas, kanan) mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan.

Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.

Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.

Victoria diwakili oleh peguam Ranjit Singh, manakala pendakwa kanan persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili MAIWP.

Victoria, yang mempe
roleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonanya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.

Beliau berkata melalui sepucuk surat bertarikh 6 April, 2006, beliau menghantar permohonan tetapi MAIWP memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.

Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada MAIWP berhubung permohonannya.

Katanya melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos, 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie tetapi MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 Sept, 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lalu yang antara lain untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAIWP kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah yang sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peguamnya, Ranjit Singh memberitahu pemberita bahawa hakim menolak hujahan MAIWP bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan anak guamnya berhubung permohonan menjadi peguam syarie.

Katanya beliau memaklumkan hakim bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menangani perkara itu.

Ranjit berkata hakim juga menolak hujahan MAIWP bahawa jika Victoria tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Agama, beliau boleh membuat rayuan dengan majlis itu.

[Baca berita penuh] http://www.malaysiakini.com/news/131778

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU,UMI,MAMABONDA,MAK...

Selamat menyambut hari ibu pada umi yg tersayang...walaupun dikatakan suatu hari apabila anak dapat melahirkan ibu, tetap tak dapat nak balas jasa ibu yg melahirkan anak...Puan Kamariah Chu...ini untukmu...

Ibu,,,
Ibu,,,
Engkaulah Ratu hatiku...Bila ku berduka...
Engkau hiburkan selalu...
Ibu,,,
Ibu,,,
Engkaulah Ratu Hatiku...

Note: Saya syg ibu saya...sbb dia masak best..saya syg ibu saya..sbb saya syg lah! hehehe...