Thursday, February 18, 2010

adik-adikku...impian menjadi realiti!!!

Salam tautan ukhwah...Alhamdulillah...dah lama tak menulis,akhirnya berpeluang juga, biiznillah..terlalu banyak ujian dan dugaan datang,dengan yg tidak dikenali sampailah yg dikenali.moga diri ini tabah dan sabar dalam ketentuanNya...permasalahan yg berlaku biarlah menjadi titik noktah, sekadar berlegar2 difikiran dan penghibur di hati...saya ingin kongsi bersama kalian disini, yang akhirnya program realiti TV untuk mencari bakat-bakat si cilik dalam berdakwah telah dilancarkan...program ini akan disiarkan di TV1, setiap Isnin-Jumaat pada jam 6.30 ptg- 7.00 ptg insyaAllah...





Alhamdulillah, dengan izin Allah,di negara kita pun ada rancangan sebegini.Pernah dahulu saya menonton rancangan seperti ini dari negara jiran..tajuknya kalau tak silap, 'Pildacil'...kanak-kanak diasuh dan dididik menjadi seorang da'ei ketika masih kecil..dari "rebung" lagi...Ya Allah, berbakat sungguh anak-anak ini, rasa segan, takut, gementar dibuang jauh apabila berada di hadapan ribuan dan jutaan penonton...semata-mata untuk berdakwah!!! Hebat sungguh!

Dalam program adik-adikku ini, mereka amat bertuah kerana murobbi mereka dikalangan yang bukan calang-calang orgnya..seperti Ust.Zamri (Mari mengaji-mantop), Ust.Farid Ravi,Ust.Zawawi Yusof...banyak lagi sebenarnya...(ikuti rancangan ini). Apa yg paling saya kagumi adalah mengenai seorang kanak-kanak dari kelantan.salah satunya wakil peserta negeri ini,namanya Qayyim.(kalau tak silap). Pernah ayah beliau menyatakan rasa bangga mempunyai anak yg berbakat dan berjiwa kental...walaupun keadaan anaknya(Qayyim) yg tidak seperti kanak-kanak normal yg celik penglihatan...Ya Allah..rupanya adik ini gelap pandangannya...ttp insyaALLAH...Hatinya celik...moga najah dalam program ini, adik Qayyim!

Speak Out AMPAC telah dilantik untuk menjadi salah seorang tenaga pendidik dalam sebuah rancangan realiti TV di bawah kelolaan JAKIM dan RTM dan sebagai pembantu murabbi, Saudara Badrul Sani telah diamanahkan oleh Ustaz Zawawi dan krew penerbitan untuk membimbing para peserta rancangan itu dalam seni berbicara.

iklan: Revolusi dunia hiburan, pendidikan dan dakwah kini bermula! Jangan terlepas dalam memberikan sokongan kepada mereka!

ADIK-ADIKKU INSYAALLAH BOLEH!

No comments:

Post a Comment